Sabtu, 08 Oktober 2011

Aku Seorang Wanita

Aku seorang wanita
Yang punya hati dan perasaan.
Mungkin aku terlihat kasar
Tetapi jiwa ku tetap wanita



Aku seorang wanita
Yangg tidak bisa bersendirian
Jangan biarkan daku tanpa teman
Jangan biarkan daku duka tanpa luahan



Aku seorang wanita
Aku mukin jahat dan hina
Namun aku tetap wanita
Yang perlu belaian kasih sayang



Aku seorang wanita
Yang lemah segalanya
Jangan lah dikau salahkan daku
Jikalau aku meluahkan perasaan ku



Aku seorang wanita
Mukin aku kuat dan tabah
Dalam hadapi dugaan hidup
Namun hati wanita tuhan saja yang mengetahuinya



Aku seorang wanita
Yang memerlukan teman hidup
Bukan kerana ku tidak bermaruah
Tapi kerana perlukan kasih dan cinta



Aku seorang wanita
Yang tuhan kurniakan kelembutan
Walaubagaimana hati ku membara
Namun jiwa ku tidak tersampai membenci manusia



Aku seorang wanita
Yang punya harga diri dan maruah
Wahai semua jejaka
Jangan kau mempermainkan jiwa kaum hawa

Tidak ada komentar:

Posting Komentar